Monday 12 December 2011

Kitar Semula

     Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula akan mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara(dari pembakaran), dan pencemaran air(dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
     Bahan yang boleh dikitar semula termasuk kertas, kaca, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama. Sebagai contoh, kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru.
     Atas kesedaran inilah, banyak kempen berkaitan kitar semula telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Kitar semula merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan pada zaman moden ini. Kemudian wujudnya slogan '3R': Reduce(Kekurangan), Reuse(Guna Semula) & Recycle(Kitar Semula) bagi menekankan betapa pentingnya kitar semula untuk memastikan alam sekitar kita terpelihara.
     Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh mengambil inisiatif dengan membuang bahan-bahan buangan ini ke dalam tong sampah kitar semula. Cintailah alam kita.



    

No comments:

Post a Comment