Sunday 11 December 2011

Pencemaran Alam Sekitar

     Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem.
     Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi, antaranya ialah :
a.Pencemaran udara
  -  iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke daslam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon(CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
  - merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam atmosfera.
  - berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi.
  - boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

b.Pencemaran air
  - ialah  pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manisia.
  - Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi sungai dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalam sungai.
  - Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.
  - Sebagai contoh, petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla.

c.Pencemaran tanih
  - bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah.
  - Ia berlaku disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.
  - Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.
  - Punca-punca berlaku pencemaran air ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang, pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan.
  - Kesan pencemaran tanah ialah tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga mengancam kualiti tanah dunia.Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.
  - Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggakan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia.

     Oleh itu, pencemaran alam sekitar memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.

No comments:

Post a Comment